Majlis Khatam Al-Quran dan sumbangan kepada asnaf peringkat SK Methodist (ACS) adalah julung kali diadakan dengan kerjasama Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan. Para jemputan kehormat terdiri daripada Presiden, Bendahari dan Setiausaha Agung MBN Negeri Sembilan telah hadir bagi menyempurnakan majlis pada hari Jumaat iaitu hari terakhir persekolahan dalam bulan Ramadhan sebelum menjelangnya cuti Hari Raya Aidilfitri 2016.
Murid-murid ACS yang beragama Islam telah bersama-sama menjayakan program ini bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah disamping memupuk amalan membaca Al-Quran, bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Diharapkan pada masa-masa akan datang akan ada lagi NGO atau ahli-ahli korporat yang sudi menyumbang kepada anak-anak yatim dan asnaf yang memerlukan di ACS ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MBN Negeri Sembilan atas kesudian mereka bersama-sama meraikan anak-anak di dalam majlis ini.
Mari kita lihat gambar sepanjang program..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan