Bahang kehangatan peperiksaan UPSR telah dirasai oleh murid-murid tahun 6. Walaupun masih bercuti pertengahan tahun, bagi mereka masa yang tersisa tidak boleh disia-siakan. Justeru Jawatankuasa UPSR tahun 6 telah menganjurkan bengkel menjawab soalan UPSR bagi subjek Bahasa Inggeris.
Penceramah jemputan telah memberikan tips-tips berguna untuk diikuti sepanjang peperiksaan yang akan berlangsung hanya beberapa bulan sahaja lagi.
Diharapkan program sebegini dapat membantu calon-calon UPSR agar lebih yakin dan bersemangat untuk menjawab soalan-soalan bagi subjek Bahasa Inggeris yang berformat baru bagi tahun 2016 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan