Rabu, 20 Januari 2016

PENINGKATAN KEPUTUSAN UPKK


RABU / 20 JANUARI 2016

               Alhamdulillah... Sekali lagi ACSian mencipta kejayaan dengan mencapai keputusan yang memberangsangkan dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi sesi 2015. Berpandukan keputusan ujian  yang diduduki seramai 11 orang murid Islam pada tahun lepas telah meletakkan SK Methodist (ACS) berada pada ranking ke 77 daripada 95 sekolah yang mengambil bahagian dengan gred purata sekolah iaitu 1.807 mata.

             Adik Annur Aireen bt Abdul Jamal telah dinobatkan sebagai calon terbaik di peringkat sekolah dengan keputusan 8A. Seorang lagi calon terbaik yang mendapat 8A ialah adik Nur Hazwani Natasha. Calon lelaki tunggal yang menduduki ujian ini pula memperoleh 7A 1B iaitu adik Ahmad Hozi bin Khidir.
Keputusan keseluruhan daripada 11 calon yang menduduki ujian ialah 2 orang mendapat 8A, 2 orang mendapat 7A1B, seorang 6A2B dan 3 orang 5A3B

            Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon atas usaha gigih yang berterusan serta tidak lupa juga kepada ustaz dan ustazah yang bertungkus lumus memberikan dorongan dan bimbingan. Semoga usaha murni untuk memberikan pendidikan asas agama ini beroleh keberkatan dan meraih lebih banyak lagi kejayaan pada tahun-tahun mendatang.. Inshaa Allah 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan