Latihan kebakaran adalah tatacara dan proses penghuni menyelamatkan diri dalam keadaan sehelai sepinggang semasa berlaku kebakaran dalam bangunan. Latihan ini sangat penting bagi membiasakan murid dan guru untuk menghadapi situasi kecemasan dalam bencana kebakaran agar nyawa dapat diselamatkan.
Ia juga sangat penting bagi memberi pendedahan kepada murid dan guru dalam mengajar mereka berkaitan tatacara penggunaan alat pemadam api dengan betul.
Pada tahun ini latihan diadakan seperti biasa dengan bantuan Unit Latihan Kebakaran yang diketuai oleh pegawai bomba dari balai Bomba Rahang. Jom kita lihat "snapshot" yang sempat di ambil.