Jumaat, 30 Disember 2016

MESYUARAT KALI PERTAMA SESI 2017


     SELASA 27/12/2016 -    Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada peneraju SK Methodist (ACS) Seremban iaitu Guru Besar Pn. Lim Chiew Yang yang telah berusaha untuk memberi suasana baru dan menaikkan semangat para guru bagi memulakan sesi persekolahan tahun baru dengan mengadakan  mesyuarat guru kali pertama bagi sesi 2017 yang telah diadakan di  d'Tempat Country Club, Bandar Baru Seri Sendayan. 

              Disamping itu, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN Negeri Sembilan iaitu En Azmi bin Basir telah dijemput untuk memberikan kata-kata motivasi kepada semua warga ACS tentang profesion keguruan dan keseronokan bekerja. Beliau juga telah berkesudian menyampaikan sijil perlantikan enam orang guru yang telah dilantik sebagai JU Frog VLE sekolah.

                    Mesyuarat juga diselangselikan dengan sesi permainan minda, sarapan, makan tengahari, minum petang dan slot permainan bowling yang diadakan di akhir sesi untuk mengeratkan hubungan kerjasama di antara sesama guru. Diharapkan guru-guru dan warga ACS terus ceria dan bersemangat baru untuk memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2017 setelah bercuti panjang.

                 Tidak dilupakan kepada Pn. Teh Poh Imm dan Pn. Noorazmiza yang telah berhijrah dan akan mula bertugas di SK Methodist (ACS) pada tahun 2017. Selamat bertugas diucapkan.

               






Rabu, 30 November 2016

MALAM TAUTAN KASIH ACS


                         SABTU 26 NOV 2016 - Bertempat di Palm Mall Hotel telah diadakan Majlis Makan Malam Tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Staff ACS. Kelab yang diwujudkan sejak 2014 ini sememangnya tidak pernah ketinggalan untuk mengadakan majlis tahunan yang bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian guru-guru dan warga ACS mengikut kategori yang telah ditetapkan.
                         Berbeza penganjuran kali ini Kelab staff ACS mengambil inisiatif untuk menjemput Pegawai Perhubungan Mesra PPD iaitu En Munshi bin Ab Rahman serta Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM iaitu Sarjan Pouzi bin Jaafar disamping Pn Jaqline Chang  yang mewakili pihak PIBG sekolah.
                         Diharapkan dengan penganjuran majlis ini dapat  mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di antara warga pendidik dan staff ACS disamping dapat menikmati juadah istimewa yang disediakan oleh pihak hotel.